Selamat Datang..

Blog X-Student Sekolah Kebangsaan Jenjarom 1998..

Wednesday, December 24, 2008

Sempena Akhir Tahun...

Assalamualaikum..

hye frenz..lamenye jes x coret menyoret kat blog ni kan...so sempena akhir tahun ni..musim2 perayaan ni..jes nak ucap Selamat menyambut Hari Natal / Krismas (mesti shopping kompleks cantik ngan pokok2 krismas kan...hehe...nak ucap jugak Selamat menyambut Maal Hijrah/Tahun Hijrah Ke 1430 pada 29 Disember dan Selamat tahun baru 2009...wah nak masuk tahun baru kite nih...kene bukak buku baru la...moge azam2 kawan2 sume tercapai..mane yang xtercapai tu pasang la niat balik..moga Allah kabulkan...amin..azam jes ade yang terlaksane ade yang x..kene to be continue tahun baru la..hehe....k la jumpe lagi tahun depan...(macam lame lg jew..hihihi)...

ok so jes nak share seswatu ngan kawan2 sume..kite bace doa ni same2 ye sempena tahun baru ni...:)

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami disepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun: Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

aminnnn....:)

Saturday, December 6, 2008

Selamat Menyambut AidilAdha...


Assalamualaikum semua...~!
Ape khabar korang sume...?
sunyi sepi je kat sini...masing2 p holiday ke??ye la...dah hujung tahun kan...mesti kawan2 y dah keje tu dapat bonus kan kan...hehe...dan yang masih berstatus 'budak sekolah' tu mesti ngah syok bercuti sekolah kan...

Sebenarnye tak de ape nak dicoretkan, cume sekadar nak ambik kesempatan nak mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua umat muslim, terutamanya warga Ex-SKJ98 year 6th yang selalu dirindui...~!

kepada sape2 y ade rezeki lebih nak wat open house, jemput2 la eh....hehe...

kepada 'budak sekolah' yang duk berjauhan...jangan risau, kalau ade kesempatan kite akan kirim2kan photos or any activity during aidiladha kat blog ni k...biar jelous sket tgk aktiviti kawan2 yang kat Jenjarom nih...hehehe

Jes, berapa ekor lembu tahun nih nak korban...?